Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Polis edar fotofit suspek kes simbah asid Faisal Halim

today19 May 2024

Background


Lakaran fotofit wajah suspek yang berusia dalam anggaran 30 tahun, dengan anggaran ketinggian 160cm, bersaiz badan sederhana, dan berkulit sawo matang. (Gambar PDRM)

PETALING JAYA: Polis mengedarkan lakaran fotofit wajah suspek yang disyaki mempunyai kaitan dengan kes simbah asid membabitkan pemain sayap Selangor FC Faisal Halim.

Ketua Polis Negara Razarudin Husain dalam satu kenyataan berkata suspek lelaki itu berusia dalam anggaran 30 tahun, dengan ketinggian 160cm, bersaiz badan sederhana, dan berkulit sawo matang.

“Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai individu berwajah seperti lakaran fotofit ini diminta menghubungi pegawai penyiasat M Jagachandran di talian 012-684 8166 atau 03-2266 6071, atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.

Dalam kejadian pada 5 Mei lalu, pemain Harimau Malaya yang juga penjaring gol tercantik Piala Asia lecur di beberapa bahagian badan iaitu sekitar leher, bahu, lengan dan dada.

Faisal yang dikenali sebagai…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post