
SINGAPURA: Seorang maut dan beberapa penumpang cedera selepas penerbangan SQ321 Singapore Airlines (SIA) dari London ke Singapura menghadapi gelora udara yang teruk dalam penerbangan, menurut syarikat penerbangan itu.
SIA berkata pesawat Boeing 777-300ER yang membawa sejumlah 211 penumpang dan 18 anak kapal telah dilencongkan ke Bangkok dan mendarat pada pukul 3.45 petang waktu tempatan pada hari Selasa.
“Singapore Airlines merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang meninggal dunia. Kami akan memberikan kemas kini berkala di akaun Facebook dan X kami,” katanya di Facebook.
SIA berkata keutamaan mereka adalah untuk memberikan segala bantuan yang boleh kepada semua penumpang dan anak kapal di atas pesawat itu.
Syarikat penerbangan itu berkata pihaknya bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan di Thailand untuk menyediakan bantuan perubatan yang diperlukan dan…