
GEORGE TOWN: Polis Pulau Pinang menumpaskan sindiket memproses heroin selepas menahan tiga lelaki termasuk seorang warga Nepal bersama pelbagai jenis dadah bernilai RM117,000 dalam dua serbuan di Bukit Mertajam.
Ketua Polis Pulau Pinang, Hamzah Ahmad, berkata Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) melakukan operasi terancang sebelum menyerbu sebuah rumah teres setingkat di Taman Seri Rambai pada 5.30 petang, Isnin lalu, dan menahan seorang lelaki Nepal berusia 35 tahun.
“Hasil pemeriksaan di rumah itu, polis menjumpai makmal memproses dadah bersama 8,471g heroin, 377g bahan asas heroin, dan kafein (9,500g) yang semuanya bernilai RM117,000 serta pelbagai bahan kimia dan peralatan serta perkakasan memproses heroin di situ.
“Ekoran itu, polis kemudian menahan dua lelaki tempatan berusia 17 dan 46 tahun dalam sebuah kereta kira-kira 4km dari rumah dijadikan makmal dadah tersebut,…