Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Pasangan kekasih mengaku salah tinggal bayi di kedai ayam

today23 May 2024

Background


Nur Aisyah Azila Zairul Akmal dan Muhammad Alhafiz Mukminin Mohd Noor didakwa di Mahkamah Sesyen Chukai di Kelantan atas tuduhan mengabaikan bayi lelaki mereka dengan meninggalkan kanak-kanak itu di kedai menjual ayam. (Gambar Bernama)

CHUKAI: Sepasang kekasih mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan mengabaikan bayi lelaki mereka berusia tujuh hari, Sabtu lalu.

Nur Aisyah Azila Zairul Akmal, 21, dan Muhammad Alhafiz Mukminin Mohd Noor, 24, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Wan Suhaila Mohd.

Mengikut pertuduhan kedua-dua mereka secara bersama sebagai orang yang mempunyai penjagaan ke atas bayi itu didapati telah mengabaikan dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal terhadapnya.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah kedai ayam di Jalan Air Putih di sini antara pukul 7 hingga 7.15 pagi, 18 Mei lepas.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 31(1) akta sama,…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post

Sukan

Kehadiran ibu kunci kejayaan Farhan

Kuala Lumpur: Kehadiran ibu di perlawanan akhir ketika bertemu Thailand menyuntik semangat ketua pasukan negara, Farhan Adam untuk membantu pasukan kebangsaan meraih kejuaraan acara regu Piala Dunia Sepak Takraw 2024, di Stadium Titiwangsa, di sini, semalam.

today23 May 2024