Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Latif rangkul gelaran juara dunia kali ke-4

today25 May 2024

Background


Jaguh lompat jauh para negara Abdul Latif Romly pernah menjuarai edisi Doha 2015, London 2017 dan Paris 2023. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Jaguh lompat jauh para negara Abdul Latif Romly terus mencatatkan kejayaan membanggakan buat negara apabila merangkul gelaran dunia kali keempat di Kejohanan Olahraga Para Dunia Kobe 2024 di Jepun hari ini.

Kejayaan itu hadir selepas atlet berusia 27 tahun itu merekodkan 7.30m untuk meraih pingat emas acara lompat jauh T20 (kecacatan intelektual) selepas lompatan pertama, ketiga, keempat dan kelima terbatal selain hanya melakukan 6.34m pada lompatan terakhir.

Beliau pernah menjuarai edisi Doha 2015, London 2017 dan Paris 2023.

Chala Espinoza dari Ecuador dan Obando Asprilla dari Colombia pula masing-masing meraih pingat perak (6.95m) dan gangsa (6.84m).

Seorang lagi wakil negara Zulkifly Abdullah menamatkan saingan di tempat ke-12 daripada 13 peserta setelah hanya melakukan lompatan sejauh 6.02m.

Atlet kelahiran Perlis itu telah mengesahkan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post