
PETALING JAYA: Kira-kira 600 penganut Hindu menyertai sebuah perhimpunan keagamaan di Batu Caves hari ini sebagai tindak balas terhadap pempengaruh media sosial yang dikatakan menghina agama itu.
Dalam kenyataan, Swashna Subramaniam, yang mengetuai nyanyian lagu keagamaan berkata, perhimpunan itu diadakan untuk menunjukkan bahawa upacara sembahyang boleh ‘dilakukan dengan aman tanpa mengundang kontroversi’.
Acara itu dianjurkan bersama oleh Rajeswary Apahu dan sukarelawan Hindu Volunteers Movement.
Ada peserta perhimpunan itu datang dari Kedah dan Singapura, menurut S Shashi Kumar, yang mengetuai Persekutuan Hak Asasi Manusia Global, sebuah NGO tempatan.
Shashi baru-baru ini mengkritik tindakan kontroversi seorang pencipta kandungan YouTube dari Maghribi yang membaca ayat-ayat al-Quran di depan sebuah tugu dewa Hindu di…