Hal ini kerana mereka tidak mempunyai keupayaan dan tenaga yang banyak untuk membuat kerja berat dan sebagainya.
Baru-baru ini, tular sebuah video seorang lelaki bersikap prihatin terhadap wanita hamil yang beratur dalam keadaan hujan telah mendapat perhatian ramai.
Menerusi video yang dimuat naik oleh @taufikzulbakri, kelihatan wanita itu sedang beratur membeli makanan di sebuah festival ketika hujan.
Difahamkan, wanita tersebut sedang menunggu suaminya membawa payung. Apa yang menarik perhatian adalah apabila seorang lelaki dipercayai peniaga di kedai seberang tiba-tiba datang memberikan kerusi kepada wanita yang sarat mengandung itu untuk dia duduk.
Tindakan murninya itu ternyata meraih pujian ramai. Menurutnya, merakam sesuatu kebaikan adalah lebih baik daripada merakam kejahatan.