Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

PRK Sungai Bakap: PAS P Pinang serah lebih 1 nama calon berpotensi

today7 June 2024

Background


penyokong pas
PAS akan membawa cabaran Perikatan Nasional pada PRK Sungai Bakap, 6 Jul depan. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: PAS menyerahkan lebih dari satu nama untuk dipertimbangkan pimpinan sebagai calon mewakili Perikatan Nasional (PN) pada PRK Sungai Bakap dijadualkan 6 Jul depan.

Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Muhammad Fauzi Yusoff berkata mereka terdiri daripada anak jati negeri itu dan dikenali masyarakat setempat.

Namun beliau masih berteka-teki sama ada nama Musalmah Yusop, isteri bekas Adun Sungai Bakap Nor Zamri Latiff turut disenaraikan.

“Kita sudah serah calon disenarai pendek, lebih dari seorang untuk dinilai pimpinan…tunggu pengumuman nanti,” katanya kepada FMT.

Terdahulu, Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man mengesahkan calon PN PRK Sungai Bakap akan diumumkan pada 16 Jun depan.

SPR menetapkan 6 Julai sebagai hari mengundi PRK Sungai Bakap, manakala penamaan calon akan berlangsung 22 Jun dengan undi awal pada 2 Julai.

PRK itu diadakan susulan kematian penyandangnya…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Faiz Zainudin


Previous post