
PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil beberapa exco Perak berhubung siasatan kes memberi rasuah bagi mengubah status tanah rizab Melayu kepada bukan rizab Melayu.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki berkata, saksi-saksi lain yang akan turut dipanggil termasuklah kakitangan kerajaan yang ketika itu bertugas di Pejabat Tanah dan Galian (PTG), lapor Sinar Harian.
“Ini termasuklah juga minit mesyuarat berkaitan yang mana dibawa untuk kelulusan exco (mesyuarat exco).
“Jadi exco ketika itu akan dipanggil untuk memberi keterangan dan membantu siasatan,” katanya kepada pemberita selepas satu majlis di Universiti Teknologi Petronas (UTP) di Tronoh, Perak.
Azam berkata, setakat ini belum ada pendakwaan baharu dilakukan dan siasatan kes terbabit masih lagi berjalan.
“Sekarang…