
PETALING JAYA: Hebahan kedudukan sekolah berorientasikan peperiksaan khususnya keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak wajar dinormalisasikan kerana dibimbangi mewujudkan persepsi negatif masyarakat, kata ahli akademik.
Merujuk penyebaran kedudukan sekolah mengikut keputusan SPM 2023 di media sosial baru-baru ini, Anuar Ahmad dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata tindakan itu diihat tidak adil kerana penilaian harus merangkumi pelbagai aspek.
Katanya, penilaian harus merangkumi skor kemudahan infrastruktur, kejayaan kokurikulum, pengurusan sekolah serta prestasi guru yang tidak sama terutama antara sekolah di bandar dan pedalaman sehingga mewujudkan jurang.
“Sekolah dalam negara kita ada pelbagai, ada di bandar dan pedalaman…kemudahan juga tak sama, jadi bila keadaan tak…