Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Kunjungi Kolam Air Panas Jasin, 33 disyaki dijangkiti kencing tikus

today12 June 2024

Background


Pengarah Kesihatan Melaka, Dr Ruzita Mustaffa berkata Kolam Air Panas Jasin ditutup selama 14 hari bermula 8 Jun lalu sebagai langkah kawalan. (Gambar Wikipedia)

MELAKA: Seramai 33 orang, termasuk pelajar dan guru sebuah sekolah di sini disyaki dijangkiti wabak Leptospirosis atau kencing tikus selepas mengunjungi Kolam Air Panas Jasin minggu lepas.

Pengarah Kesihatan Melaka, Dr Ruzita Mustaffa berkata pada 7 Jun lepas, Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Melaka Tengah menerima notifikasi sekumpulan pelajar sekolah mengalami gejala demam, batuk, selsema dan sakit badan selepas mengikuti program terapi di kolam air panas dua hari sebelum itu.

“PKD Melaka Tengah dimaklumkan 78 peserta terdiri daripada pelajar, guru, ibu bapa dan penjaga mengikuti program tersebut.

“Bagaimanapun, 27 orang terdiri daripada 15 pelajar, sembilan guru dan tiga penjaga mengalami gejala demam, batuk, selsema dan sakit badan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, lima daripada mereka, iaitu seorang…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post

Sukan

Universiti Malaysia cipta kejutan

Kuala Lumpur: Tampil dengan status pasukan Liga Super tidak memberi pengertian buat PDRM FC apabila tumpas kepada Universiti Malaysia 0-3 pada aksi Piala FA yang berlangsung di Stadium Majlis Perbandaran Selayang (MPS), sebentar tadi.

today12 June 2024