
PETALING JAYA: Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) digesa menggerakkan program khas keibubapaan secara berkala dalam usaha membendung pengabaian kanak-kanak.
Saedah Siraj dari Fakulti Pendidikan Universiti Malaya berkata, ketika ini ramai ibu bapa berdepan masalah mental yang berpunca daripada isu kewangan yang boleh menjurus kepada pengabaian kanak-kanak.

Katanya, usaha itu juga perlu dilakukan jabatan agama Islam negeri dan semua rumah ibadat yang boleh menjadi lokasi program berkenaan.
“Masalah mental populasi di Malaysia mungkin lebih 60%. Ada yang sanggup membunuh anak sendiri tapi kemungkinan yang lain, membunuh dan memperkosa anak kandung termasuk anak istimewa dan anak angkat,” katanya kepada FMT.
Beliau berkata, selain itu KPWKM perlu bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan (KPM)…