Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Terbuka Dalami Agama Islam, Keith Foo Tiada Masalah Bercinta Beza Agama

today19 June 2024

Background

Bersikap terbuka bercinta beza agama, pelakon, Keith Foo menganggap hubungan istimewa yang terjalin bersama aktres, Riena Diana sebagai salah satu proses pembelajaran untuk mendalami ajaran Islam.

Dilahirkan dalam keluarga berdarah campuran dan India, Keith memohon orang ramai untuk mendoakan yang terbaik buat dirinya mendekati agama Islam.

“Saya anggap fasa ini adalah proses pembelajaran untuk saya mendalaminya dengan lebih dekat.

“Lagipun soal agama (Islam) ini bukan sesuatu yang asing dalam keluarga saya, namun ini adalah waktu terbaik untuk kami saling mengenali termasuk aspek lain.

“Cuma buat waktu ini saya memohon doakan yang terbaik supaya apa yang saya lalui sekarang akan lebih indah pada masa mendatang,” katanya.

Dalam pada itu, kekasihnya, Riena berkata mereka ada berbincang mengenai perbezaan agama.

“Kami ada juga berbual mengenai perkara ini dan apa yang lebih indah adalah dia terbuka hati untuk belajar dan mendalami agama Islam bukan semata-mata kerana saya.

“Sebaliknya dia sendiri yang terbuka hati. Bagi saya selepas saya memilih untuk bersamanya, saya perlu berikan sepenuh tumpuan untuk hubungan ini,” katanya.

Keith Foo

Artikel Berkaitan: Riena Diana Temui Bahagia Bersama Keith Foo – “Hubungan Kami Berputik Tanpa Sengaja”

Artikel Berkaitan: Riena Diana Sedang Bahagia, Nafi ‘Sailang’ Keith Foo Daripada Tiz Zaqyah

Artikel Berkaitan: “Muka Mengantuk Ke Tu Bang?” – Selfie Dengan Kekasih, Riena Diana Kongsi Keith Foo Hantar Ke Masjid Untuk Solat Raya

Sumber: Harian Metro

Written by: Aqilah


Previous post