Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Zara Zya Sedih Hilang Rakan Baik Tatkala Diuji Dengan Sakit

today20 June 2024

Background

Tidak cukup diuji dengan masalah kesihatan, pelakon, Zara Zya meluahkan rasa duka apabila dia turut kehilangan rakan akibat penyakitnya itu.

Menerusi perkongsian di platform Threads, Zara berkata individu yang pernah menyukainya dan cuba untuk menawan hatinya hilang begitu saja.

Lebih mendukacitakan, aktres drama rantaian popular Risik Pada Hati ini turut kehilangan rakan-rakan.

“Bila kita sakit ni kan… Orang yang dulu kata suka kita, nak mengayat, nak mengorat semua hilang..Hahahaa… Kawan pun sama.. lesap juga..,” tulisnya.

Zara Zya

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya menitipkan kata-kata semangat untuknya.

Zara Zya

Mei lalu, Zara selesai menjalani pembedahan membuang ketumbuhan dan menjalani rawatan dua sindrom dihadapinya iaitu Cervical Facet dan Lumbar Facet Syndrome.

Artikel Berkaitan: “Orang Tengah Sakit, Sibuk Tanya Bila Nak Kahwin!” – Zara Zya Luah Rasa Kesal

Artikel Berkaitan: Selesai Jalani Pembedahan, Zara Zya Kongsi Keadaan Terkini… Terharu Ramai Titip Doa – “Syukur Allah Beri Peluang Berkali-Kali”

Written by: Aqilah


Previous post