
KUALA LUMPUR: Seorang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) antara dua lelaki yang ditahan, kerana disyaki melakukan khianat dengan membaling batu pada cermin bas yang membawa penyokong pasukan bola sepak Perak.
Ketua Polis Petaling Jaya Shahrulnizam Ja’afar berkata pihaknya menerima laporan insiden melibatkan dua suspek yang menaiki motosikal, membaling batu ke arah bas terbabit di Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE), menghala arah utara pada 8.49 malam semalam.
Beliau berkata suspek berusia 17 dan 20 tahun yang tidak mempunyai rekod jenayah itu, ditahan penyokong Perak yang menaiki bas tersebut dan dibawa ke IPD Sungai Buloh, sebelum diserahkan kepada pihak polis dan direman tiga hari bermula hari ini.
“Satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan iaitu kes khianat, yang boleh…