Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Disyaki kemuka kontrak palsu RM77 juta, bekas pengurus syarikat direman

today25 June 2024

Background


sprm
Suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya pagi tadi dan direman tujuh hari bermula hari ini hingga 1 Julai.

PETALING JAYA: Seorang bekas pengurus syarikat ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki mengemukakan dokumen perjanjian kontrak kerja palsu bernilai kira-kira RM77 juta.

Kontrak itu bagi memohon kuota pekerja asing kepada Jabatan Tenaga Kerja, Kementerian Sumber Manusia pada 2022.

Sumber berkata, suspek lelaki berusia lingkungan 40-an ditahan kira-kira 6 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Putrajaya.

Katanya, susulan penahanan itu suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya pagi tadi dan direman tujuh hari bermula hari ini hingga 1 Julai.

“Siasatan awal mendapati suspek bersama tujuh pengarah syarikat daripada empat syarikat terbabit telah memohon kuota pekerja asing di Jabatan Tenaga Kerja, Kementerian Sumber Manusia dengan mengemukakan dokumen perjanjian kontrak kerja palsu.

“Suspek disyaki melakukan perbuatan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters