Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Saya dah pencen, Tok Pa jawab Bersatu Kelantan

today28 June 2024

Background


Mustapa Mohamed
Mustapa Mohamed menegaskan sudah keluar daripada Bersatu dan letak semua jawatan dalam parti itu pada 30 Sept 2023.

PETALING JAYA: Mustapa Mohamed menegaskan beliau sudah pencen daripada politik dan keluar Bersatu selain meletakkan semua jawatan pada September tahun lalu.

Kenyataan itu menyusul selepas FMT semalam melaporkan Bersatu Kelantan sedia memberi laluan kepada ahli politik berpengaruh itu untuk merampas semula kerusi Parlimen Jeli jika PRK diadakan.

“Saya ingin memaklumkan bahawa saya telah pun meletakkan jawatan sebagai ahli dan semua jawatan dalam parti Bersatu pada 30 Sept 2023.

“Saya mengulangi sekali lagi kenyataan yang dikeluarkan pada 2 Nov 2022 bahawa saya sudah ‘pencen’ daripada politik apabila membuat keputusan untuk tidak bertanding dalam PRU15,” kata veteran politik itu dalam kenyataan.

Mustapa lebih dikenali sebagai Tok Pa memenangi Parlimen Jeli sejak 1995, sebelum menarik diri daripada bertanding pada PRU15.

Zahari Kechik, bekas setiausaha…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post

Sukan

Itali benci tewas – Aebischer

Stuttgart: Pemain tengah Switzerland Michel Aebischer berkata, Itali yang akan ditemui mereka pada peringkat 16 terakhir Euro 2024 ‘bencikan kekalahan’ ketika pasukannya beraksi tanpa tekanan di Berlin malam esok.

today28 June 2024