Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Ekonomi perlu kembang minimum 5% setahun jadi negara berpendapatan tinggi

today1 July 2024

Background


chip
Anwar Ibrahim berkata sasaran jadi negara berpendapatan tinggi hanya dapat dicapai jika ekonomi negara berkembang pada kadar 5.0 hingga 6.0% setahun.

KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang memberi keutamaan untuk merancakkan semula pertumbuhan ekonomi negara bagi mengembangkan saiz dan mengembalikannya ke landasan yang sebenar, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, reformasi struktur ekonomi sedang giat dilaksanakan bagi mempercepat peralihan ke arah menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi selaras dengan matlamat Ekonomi Madani untuk menjadi peneraju ekonomi Asia.

“Sasaran ini hanya akan dapat dicapai sekiranya ekonomi berkembang pada kadar 5.0 hingga 6.0 peratus setahun dalam tempoh 10 tahun akan datang,” kata Anwar dalam jawapan bertulis yang disiarkan menerusi laman web Parlimen.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan Syahir Che Sulaiman (PN-Bachok) yang meminta perdana menteri menyatakan perancangan terperinci kerajaan dalam meletakkan Malaysia sebagai…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post