Selepas rakannya itu mempersoalkan mengenainya, pekerja terbabit terus meminta untuk mereka ke balai polis untuk menyelesaikan masalah berkenaan.
Tanpa fikir banyak, lelaki tersebut terus membawa pekerja itu ke balai polis. Setibanya di balai polis, pekerja berkenaan telah menceritakan apa yang terjadi dan pihak polis juga memberitahu bahawa pelanggan itu tidak salah kerana sofa tersebut memang dikhaskan untuk pelanggan duduk.
Malah, menurut pihak polis terbabit pelanggan yang berhak untuk memfailkan saman kerana kedai tersebut telah menyediakan tempat duduk yang tidak selamat.
Pekerja kedai itu bagaimanapun masih tidak berpuas hati dan meninggikan suaranya di balai polis berkenaan menyebabkan dia terus beredar.