Sementara itu, beliau percaya keputusan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) untuk memilih jaguh pecut, Muhammad Azeem Mohd Fahmi berbanding pelari 400 meter (m) wanita, Shereen Samson Vallabouy untuk slot wild card tunggal olahraga ke Paris adalah keputusan yang tepat.
Mengulas mengenai persiapan kontinjen negara, lebih separuh daripada 26 atlet bakal membuat penampilan pertama. Beliau berkata, semua persiapan berjalan lancar setakat ini.