
PETALING JAYA: Malaysia negara berdaulat bebas yang akan menentang sebarang tuntutan ke atas wilayah kita, kata Menteri Luar, Mohamad Hasan sebagai respons terhadap nota diplomatik difailkan Filipina kepada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).
“Kita buat nota kepada pihak PBB kerana ada nota daripada pihak Filipina menyatakan dia (Manila) mengambil kira sempadan laut dari Sabah.
“Jelas sekali, jika itu jadi asas ukuran Manila, maka mereka mengatakan Sabah itu mereka punya, jadi kita buat nota bantahan kepada PBB,” katanya menurut The Star selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Rembau di Seremban.
Mohamad yang lebih dikenali sebagai Tok Mat mengesahkan Putrajaya turut menyerahkan nota sebagai respons.
Dalam menolak langkah Manila, beliau berkata, Sabah dan Sarawak secara rasmi…