
GEORGE TOWN: Seorang ahli Umno Pulau Pinang yang dilihat dalam video menggesa rakan separtinya agar menyokong Perikatan Nasional (PN) pada PRK Sungai Bakap secara automatik dipecat daripada parti.
Timbalan Ketua Umno Pulau Pinang Shaik Hussein Mydin, yang mengesahkan individu dalam video itu ahli Umno negeri itu berkata, mereka yang tidak mematuhi keputusan parti disifatkan terpecat daripada parti secara automatik.
Keputusan itu boleh dibuat tanpa perlu melibatkan Lembaga Disiplin, tambahnya.
Beliau berkata, video itu membuktikan PN berjaya ‘memanipulasi’ ahli Umno untuk menyokong pakatan pembangkang di Sungai Bakap.
“Sekurang-kurangnya Umno akan bersedia dengan strategi licik dan penipu (PN) yang kononnya memperjuangkan agama. (Menerusi video) ternyata beliau ‘ditunggang’ oleh PN.
“Ini ‘wake up call’ untuk…