
PETALING JAYA: Ahli Parlimen PKR Dr Taufiq Johari tampil mempertahankan Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berikutan kekalahan parti itu pada PRK Sungai Bakap, yang dikaitkan oleh sesetengah pihak dengan langkah penyasaran subsidi diesel.
Taufiq berkata, kerajaan semasa mewarisi kedudukan fiskal dan keadaan ekonomi yang ‘tenat’ daripada kerajaan terdahulu.
Katanya, pemimpin kerajaan semasa boleh memilih untuk ‘menjadi negarawan atau politikus murahan’.
“Mudah untuk sajikan perkara yang populis dan menang sementara tapi tidak mudah untuk melakukan perkara yang benar demi kesejahteraan jangka masa panjang negara,” katanya di platform media sosial X.
“Jika kalah PRK merupakan harga yang harus dibayar (gabungan perpaduan), maka kita terima dan muhasabah diri demi kepentingan rakyat dan negara….