
PUTRAJAYA: Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi menolak permohonan untuk memulakan semakan kehakiman bagi menyingkir pengerusi Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung Batu Puteh, dan dua ahli lain.
Notis rayuan difailkan oleh peguam Mahathir, Law Practice of Rafique, hari ini iaitu dua hari sebelum tempoh 30 hari berakhir.
Hakim Amarjeet Singh pada 12 Jun lepas menolak permohonan Mahathir yang mahu menyingkir Pengerusi Raus Sharif, serta Baljit Singh Sidhu dan Ridha Abd Kadir.
Turut menolak permohonan Mahathir agar prosiding RCI dijalankan secara terbuka kepada umum, hakim berkata prosiding RCI tidak boleh disemak mahkamah.
Pada 5 Jun lalu, Mahathir mendakwa pelantikan Raus akan menimbulkan bahaya berat sebelah, manakala Baljit dan Ridha pula dikatakan ada konflik kepentingan.
Sebelum ini, peguam…