Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Kru bot dikhuatiri lemas ditahan bersembunyi di rumah

today11 July 2024

Background


handcuff
Zon Maritim Kuala Perlis, Mohd Hashim Mat Zain berkata lelaki 42 tahun itu ditahan pada 12.15 tengah hari Rabu ketika bersembunyi di rumahnya.

KANGAR: Seorang kru bot nelayan yang dikhuatiri lemas kerana terjun ke laut ketika operasi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) ditemui selamat di rumahnya di Kuala Sungai Baru, Simpang Empat dekat Kuala Perlis semalam.

Pengarah Zon Maritim Kuala Perlis, Mohd Hashim Mat Zain berkata lelaki 42 tahun itu ditahan pada 12.15 tengah hari Rabu ketika bersembunyi di rumahnya.

Beliau berkata, isteri lelaki terbabit pada awalnya memaklumkan suaminya tiada di rumah.

“Hasil soal siasat mendapati suspek bertindak terjun ke laut bagi mengelak diberkas penguat kuasa Maritim Malaysia kerana terlibat penagihan dadah,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Lelaki terbabit dilaporkan terjun ke laut semasa Maritim Malaysia cuba menahan bot itu di kedudukan 4.1 batu nautika barat muara Kuala Kedah kira-kira 9.50 malam Selasa.

Pasukan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post