Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Suspek kedua disyaki buli Esha direman 4 hari

today11 July 2024

Background


Ahmad Sukarno Mohd Zahari
Ketua Polis Sentul Ahmad Sukarno Mohd Zahari berkata suspek direman bermula hari ini hingga Ahad untuk bantu siasatan. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Seorang pemandu lori yang ditahan semalam kerana disyaki terbabit dalam kes ugutan melalui TikTok terhadap pempengaruh media sosial A Rajeswary, 30, atau lebih dikenali Esha direman empat hari mulai hari ini.

Ketua Polis Sentul, Ahmad Sukarno Mohd Zahari, berkata suspek lelaki warga tempatan berusia 44 tahun itu ditahan 6.30 petang semalam di sekitar Setapak.

“Suspek direman selama empat hari bermula hari ini hingga Ahad dan kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan, Seksyen (ugutan jenayah) 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (menyebarkan kenyataan jelik) serta Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil (kelakuan aib),” katanya ketika dihubungi.

Sebelum ini media melaporkan seorang wanita berusia 35 tahun ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes sama di sebuah kelab golf di Rawang, Selangor, Isnin lalu.

Sukarno berkata,…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post

Sukan

Letexier adili final Euro 2024

Berlin: Pengadil berasal dari Perancis iaitu Francois Letexier akan menjadi individu yang mengadili perlawanan final Euro 2024 membabitkan Sepanyol dan England seperti yang diumumkan Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA).

today11 July 2024