
PETALING JAYA: Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh berkata akta antilompat parti diluluskan di Parlimen sia-sia selepas wakil rakyat berpaling tadah tidak hilang kerusi.
Kenyataan Akmal menyusul keputusan Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul tidak mengosongkan kerusi bekas Ahli Parlimen Bersatu yang menyokong kerajaan.
“Maka sia-sialah akta antilompat parti yang diminta oleh rakyat selama ini. Kestabilan politik hanya untuk kepentingan diri.
“Jangan marah jika rakyat benci pada orang politik. Selamat menjahanamkan negara wahai katak-katak politik,” kata exco Melaka yang juga Adun Merlimau di Facebook.
Terdahulu, Johari memutuskan tidak berlaku kekosongan kerusi disandang Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar dan Dr Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang), menjawab notis Ketua…