
PETALING JAYA: Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) mengikut semua prosedur dalam perjanjian RM202.5 juta untuk membeli Menara Ikhlas di Putrajaya yang dibatalkan, dedah dokumen jawapan kepada Laporan Ketua Audit Negara 2024.
Menurut dokumen dilihat FMT, syarikat itu menandatangani perjanjian pajakan beli bukannya perjanjian jual beli biasa yang menjelaskan deposit 50%, bukan deposit 10% kebiasaannya yang dipersoalkan oleh pengkritik.
Ia berkata, bawah perjanjian itu, syarikat membayar deposit RM120 juta, dengan baki RM82.5 juta dijelaskan dalam tempoh 10 tahun menerusi ansuran RM687,500 bagi 120 bulan.
Perjanjian itu dikritik dalam laporan berkenaan dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) minggu lalu. Laporan audit berkata pengurusan pembayaran…