Imbas untuk muat turun aplikasi

Inspirasi

“Kenapa Bayi Baru Lahir Tak Comel?”

today9 July 2024

Background


Tambahan pula, bayi yang baru lahir, memang terserlah kecomelan mereka sehingga membuatkan kita geram melihatnya.

Namun begitu, baru-baru ini tular sebuah video seorang doktor menjawab pertanyaan daripada netizen yang telah mencuri perhatian ramai di TikTok.

Menerusi video yang dimuat naik oleh Doktor @wanieazeera, dia memberikan penjelasan kepada netizen tentang keadaan bayi yang baru lahir.

“Benda tu bersebab, bila baby lahir mata dia kan bengkak. Muka dia pun bengkak, kepala lonjong, sebab pressure. Masa dia melalui birth canal tu, ruang kan sempit. Jadi dia menekan.

“Kepala baby makin jadi corn shape kalau proses kelahiran tu lama. Kalau baby lahir dengan vaccum pun kepala dia jadi lonjong. Kulit makan kedut sikit sebab duduk dalam air ketuban.

“Tapi benda ni akan resolve je dalam masa beberapa hari tu. Muka baby akan jadi macam biasa,” jelasnya. 

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Dania Hamdan


Previous post

Sukan

Gakpo ancaman terbesar England

Dortmund: Penyokong England belum melihat yang terbaik dari Cody Gakpo di Liga Perdana, tetapi penyerang Liverpool itu akan menjadi ancaman terbesar apabila Belanda turun berdepan England pada separuh akhir Euro 2024 pada Khamis ini.

today9 July 2024