Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Harga barang binaan: Kerajaan setuju laksana VOP bantu kontraktor

today13 July 2024

Background


Menteri Kewangan II Amir Hamzah Azizan berkata Syarat Perubahan Harga sedang dibincangkan MoF, KKR, dan CIDB.

KUANTAN: Kerajaan bersetuju secara dasar untuk melaksanakan Syarat Perubahan Harga (VOP) bagi membantu kontraktor yang berdepan kenaikan harga barangan binaan susulan penyasaran subsidi diesel sekali gus memastikan projek siap tepat pada masa.

Menteri Kewangan II Amir Hamzah Azizan berkata keputusan meringankan beban kontraktor itu dalam proses perbincangan antara Kementerian Kewangan (MoF), Kementerian Kerja Raya (KKR), dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB).

“Kita baru ada perbincangan minggu lepas, jadi bagi masa sikitlah. Kita faham semasa kita buat penyasaran subsidi diesel, mungkin ada sedikit kenaikan yang dirasakan oleh kontraktor untuk kos sedia ada.

“Bagi kontrak kerajaan, MoF sedang berbincang dengan KKR dan CIDB. Kita akan perhalusi pelarasan VOP untuk diberi kepada kontrak yang sedia ada,” katanya selepas merasmikan Konvensyen Transformasi G1:…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post

Sukan

Hanya Mbappe minta jersi Yamal

Berlin: Lamine Yamal muncul sebagai bintang baharu sedang meningkat naik dalam dunia bola sepak dan dia mendedahkan seorang pemain berstatus bintang yang memintanya untuk mendapatkan jersinya semasa Euro 2024.

today13 July 2024