
Kapsyen: Timbalan Pengerusi Majlis Ulama Umno, Khairuddin Aman Razali berkata parti itu ketika ini mengambil sikap berhati-hati dengan PAS.
PETALING JAYA: Seorang bekas pemimpin PAS berkata kerjasama antara parti itu dengan Umno hendaklah termasuk dalam kerangka kerajaan perpaduan hari ini.
Bekas ahli Majlis Syura Ulama PAS Khairuddin Aman Razali berkata PAS juga perlu mewujudkan suasana yang kondusif dengan Umno sebelum kembali menjalinkan kerjasama sepertimana pembentukan Muafakat Nasional (MN) sebelum ini.
Katanya, Umno ketika ini mengambil sikap berhati-hati dengan PAS kerana tidak mahu pengalaman pahit seperti mana yang berlaku pada PRU15 lalu berulang lagi.
“Keputusan semasa Umno seperti yang ditegaskan oleh Presiden Zahid Hamidi dan didukung oleh MKT adalah pendirian berhati-hati.
“Ini susulan pengalaman pahit rundingan rasmi lapan mata…