Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

DAP fokus tarik pengundi Orang Asli di Nenggiri

today21 July 2024

Background


Pengerusi DAP Kelantan Azaha Abdul Rani berkata, parti itu akan menumpukan usaha berkempen menarik pengundi Orang Asli seramai lebih 2,700 orang di Nenggiri. (Gambar JAPEN)

PETALING JAYA: DAP akan mengerahkan jenteranya turun berkempen membantu calon Barisan Nasional (BN) pada PRK Nenggiri.

Bagaimanapun, parti itu akan menumpukan usaha berkempen menarik pengundi Orang Asli seramai lebih 2,700 orang, menurut Pengerusi DAP Kelantan Azaha Abdul Rani.

“Pemgundi Orang Asli ini merupakan pengundi tetap kita,” katanya kepada FMT.

“Sementara kaum lain, terutamanya Melayu, kita serah kepada Amanah, PKR dan Umno untuk pujuk pengundi supaya sokong BN.”

Katanya, DAP akan menumpukan usaha berkempen di lima kawasan Orang Asli, iaitu di Tohoi, Sungai Puian, Sungai Jenera, Sungai Wias dan Pos Simpor.

Menurut Azaha, pucuk pimpinan utama DAP juga akan turun berkempen untuk PRK 17 Ogos itu, namun senarai tokoh yang terlibat belum diputuskan.

Kebimbangan Melayu Kelantan terhadap DAP ‘mula…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Faiz Zainudin


Previous post