Menerusi video tersebut, seorang wanita telah menegur seorang lelaki yang telah berdiri sehingga memasuki koc wanita dan memintanya untuk beredar.
Bagaimanapun, lelaki terbabit bertindaj menengking wanita itu kembali serta menyuruhnya untuk memanggil polis bantuan jika dia tidak berpuas hati.
Difahamkan, lelaki berkenaan memberikan alasan mahu menemani anak perempuannya di koc tersebut. Malah, dia memberitahu permintaan wanita itu untuk beredar adalah tidak masuk akal.
Wanita tersebut juga ada memberitahu lelaki itu dan keluarganya sepatutnya berada di ruang keluarga dan bukannya koc wanita.
Selepas kecoh insiden itu, pihak pengurusan datang dan cuba menenangkan lelaki berkenaan dan memberitahunya.