
PETALING JAYA: Tindakan memutuskan hubungan dengan Gerakan yang dibayangkan seorang pemimpin PAS hanya akan menjadikan imej Perikatan Nasional (PN) dilihat lebih konservatif atau ‘berhaluan kanan’, kata seorang penganalisis.
Lau Zhe Wei dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia berkata PN memerlukan Gerakan untuk menonjolkan gabungan itu mewakili semua kaum, walaupun hakikatnya rakan dalam PN itu tidak mampu menyumbang banyak dalam menarik sokongan bukan Melayu.
“Kalau PN ekstrem nak tendang Gerakan keluar, mudah saja sebab parti itu bukan membantu sangat…cumanya tu akan menjadikan imej PN lebih berhaluan kanan iaitu lebih konservatif.
“Di Malaysia (gabungan dengan imej itu) agak susah untuk bertahan,” katanya kepada FMT, mengulas perbezaan pendapat antara Gerakan dan PAS berhubung derma…