
PETALING JAYA: Presiden Gerakan Dominic Lau berkata beliau akan membawa isu perbezaan pendapat antara parti itu dengan PAS berkait dana sekolah Cina untuk dibincangkan bersama kepimpinan Perikatan Nasional (PN).
Dominic berkata satu forum dalaman antara akar umbi parti komponen PN juga perlu diadakan pada masa terdekat untuk menguruskan perbezaan pendapat itu.
“Saya lihat ada segelintir Ahli-Ahli Parlimen kita dah haus dalam naratifnya. Itu sahajalah ‘pi mai pi mai tang tu’ isu nak dibawa.
“Sementara kita memainkan peranan semak dan imbang, saya lihat kita sudah sampai ‘bottleneck’, waktu ini tepat pada masanya kita duduk dan berbincang,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau mengulas perbezaan pendapat antara dua parti komponen PN itu berkait isu pemberian sumbangan syarikat arak kepada sekolah…