Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Polis selamat wanita Tanzania disyaki mangsa eksploitasi seks, tahan 20 warga asing

today2 August 2024

Background


POLIS TAHAN 20 WARGA ASING EKSPLOITASI SEKS
Seramai 20 warga asing ditahan di sebuah unit pangsapuri di Jalan Ampang hari ini, disyaki melakukan kesalahan bawah Atipsom. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Polis menahan 20 warga asing termasuk dua kanak-kanak dalam operasi di Jalan Ampang hari ini atas pelbagai kesalahan, termasuk bawah Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (Atipsom) 2007.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Mohd Shuhaily Zain berkata, mereka yang ditahan dalam operasi bermula 10.30 pagi di sebuah pangsapuri itu berusia dua hingga 40 tahun, terdiri daripada 14 warga Nigeria, 3 dari Tanzania, dua dari Uganda dan seorang warga Maldives.

Kesemua mereka dipercayai melakukan kesalahan bawah Seksyen 12 Atipsom serta Seksyen 55D, Seksyen 15(1) (c) dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Mohd Shuhaily berkata, pihaknya turut menyelamatkan seorang wanita warga Tanzania berusia 24 tahun yang disyaki menjadi mangsa eksploitasi seks.

“Kesemua mereka dibawa ke IPD Wangsa Maju untuk…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post

Sukan

Peluang rasai cabaran acara triatlon

Kuala Lumpur: Edisi kedua Kenanga Man of Steel Triathlon 163 yang bakal berlangsung 10 Ogos ini dijangka lebih meriah apabila menerima sambutan amat menggalakkan daripada peserta yang mengambil bahagian.

today2 August 2024