Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

“Scha Ellinnea Hanya Sekadar Kawan” – Jazmy Juma

today7 August 2024

Background

Pelakon kacak Jazmy Juma enggan mengulas lanjut dakwaan berhubung status hubungannya dengan aktres Scha Elinnea.

Menerusi temu bual bersama XTRA, pemilik nama Jazmy Khan Juma Khan, 26, memaklumkan, dia dan Scha hanyalah sekadar kawan dan bukannya pasangan bercinta seperti yang didakwa.

Menyifatkan dirinya sebagai seorang yang professional apabila melibatkan soal kerja, Jazmy tidak mahu namanya terus terpalit dengan gosip cinta bersama aktres itu apatah lagi dia diberi tanggungjawab besar memegang watak utama menerusi drama lakonannya berjudul ‘Nuh & Nayla’.

“Saya selesa berkawan dengan dia dan saya juga selesa berkenalan dengan dia sebab dia bukan seorang perempuan yang ada masalah dan tak banyak karenah.

“Cumanya, saya tak mahu cakap pasal itu, kami hanya bekerja dan menjalankan tanggungjawab secara profesional sebagai pelakon utama,” ulasnya.

Jazmy berkata demikian ketika ditemui pada sesi Karok Santai bersama pelakon drama rantaian ‘Nuh & Nayla’ yang diadakan di Bandar Utama, Petaling Jaya pada Selasa.

Dalam pada itu, Jazmy mengakui mereka mengenali antara satu sama lain ketika mula menjalani penggambaran drama tersebut.

“Saya dengan dia rapat sebagai kawan. Kami jumpa bila sama-sama terlibat dalam penggambaran drama ini. Dia seorang kawan yang sangat baik. Selepas kerja, kami tak berhubung. Kalau lepak, kami akan keluar beramai-ramai,” katanya.

Mengulas lanjut, Jazmy mengakui dia tidak selesa sekiranya terpalit dengan gosip cinta ketika berada lokasi.

“Semua video itu kami sudah berbincang bersama team produksi, maka terjadilah video-video tersebut. Dalam kehidupan sebenar, tiada apa-apa. Kami hanya menjayakan watak sahaja.

“Tak okay (cinta lokasi), saya datang set untuk buat kerja,” jelasnya.

Terdahulu, nama Jazmy dan Scha menjadi sebutan warganet apabila sering berkongsi momen mesra mereka di media sosial.

Bahkan, terdapat segelintir netizen yang berharap kedua-dua pelakon ini menjalin hubungan cinta di luar lokasi.

Written by: Salma


Previous post