Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Kongsi Update Terkini, Keadaan Kesihatan Nenek Zahirah Macwilson Semakin Merosot

today8 August 2024

Background
Zahirah Macwilon

Pelakon, Zahirah Macwilon memaklumkan kesihatan neneknya, Faridah Nyak Mohd semakin merosot.

Zahirah atau nama lengkapnya Nur Zahirah Macwilson Zainul Macwilson, 29, berkata neneknya mula berhalusinasi, merungut dan tidak mahu memakai ‘mask’ oksigen.

“Nenek semakin teruk… Asyik cabut ‘mask’. tak nak pakai. Halusinasi, merungut, percakapan tak jelas dan tiba-tiba marah dan merengek kesakitan.

“Dia cuba bangun sebab nak balik, tak nak makan atau minum. Tak pernah terbayang akan melihat nenek sebegini,” ujarnya menerusi satu perkongsian di Instagram Story (IGs) sebentar tadi.

Dalam masa sama, isteri aktor Aiman Hakim ini mengakui reda sekiranya nenek pergi menghadap Illahi.

“Saya cakap dengan nenek dengan berat hati semalam, kalau nenek kena pergi, nenek pergi okay..

“Dia perlahan-lahan capai tangan saya meminta saya meraihnya dan mengangguk… hati saya berkecai,” luahnya sebak.

Zahirah Macwilson

Pada Isnin, Zahirah berkongsi berita duka mengenai keadaan neneknya yang mengalami kegagalan buah pinggang, jantung lemah dan paru-paru berair.

Artikel Berkaitan: Kongsi Momen Selepas Bersalin, Nasihat Bapa Zahirah Macwilson Jadi Tumpuan – “Stay Safe & Be Aware Of Toxic People”

Artikel Berkaitan: [VIDEO] “Ajak Orang Buat Maksiat Sebelum Kahwin Pun Berdosa, Macam Suami Awak” – Fathia Latiff Sindir Zahirah Macwilson?

Written by: Aqilah


Previous post