
GUA MUSANG: Penduduk Nenggiri berharap wakil rakyat yang dipilih pada 17 Ogos ini terus menetap di DUN itu sekali gus memudahkan urusan membela nasib mereka.
Napisah Mustapa, 52, tidak kisah calon parti mana menang asalkan dapat membela nasib penduduk.
“Kita harap selepas menang mereka menetap di sini, bukan buat rumah di luar Nenggiri. Silalah menetap di Bertam Lama (kampung bawah DUN Nenggiri) senang untuk kami mengadu masalah,” katanya kepada FMT.
Kedua-dua calon iaitu Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani atau lebih dikenali sebagai Awie mewakili Barisan Nasional (BN) dan Mohd Rizwadi Ismail yang menggalas harapan PAS menetap di Bertam Lama.
Napisah berkata, khidmat Rizwadi yang memiliki kelebihan dari segi agama dan Azmawi memegang jawatan dalam Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) diperlukan penduduk.
“Apa…