Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Shah Firdaus galas harapan emas, layak ke akhir keirin

today11 August 2024

Background


Shah Firdaus Sahrom
Shah Firdaus Sahrom lolos ke akhir dalam acara keirin lelaki pada Olimpik Paris 2024, hari ini. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Pelumba trek negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom mara ke peringkat akhir secara automatik, sekali gus membawa harapan pingat kepada kontinjen negara, pada Olimpik Paris 2024.

Beliau berjaya menempatkan diri dalam kelompok tiga terbaik dalam pusingan kedua separuh akhir, walaupun menamatkan perlumbaan pada kedudukan keempat, memandangkan Ota Kaiya dari Jepun mendapat status ‘diturunkan’ (REL) kerana menerima dua amaran.

Dalam saingan itu, pelumba Matthew Richardson dari Australia berada unggul di tempat pertama, diikuti Harrie Lavreysen (Belanda), dan Shah Firdaus, di Velodrom Saint Quentin en Yvelines.

Turut layak ke akhir, pelumba dari Britain, Jack Carlin, Matthew Glaetzer (Austria), dan Shinji Nakano (Jepun), yang berada dalam kelompok tiga teratas, pada pusingan pertama separuh akhir.

Kemaraan pemenang dua pingat gangsa di Sukan Asia Hangzhou…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post

Sukan

Tuah iringi Shah Firdaus ke final keirin

Kuala Lumpur: Pelumba berbasikal trek negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom semakin menyalakan harapan untuk memenangi pingat emas pertama Malaysia apabila berjaya mara ke final acara keirin Sukan Olimpik Paris 2024.

today11 August 2024