
PETALING JAYA: Tawaran calon PAS Rizwadi Ismail melantik seorang pegawai dari kalangan komuniti itu sangat menarik ‘didengar’, kerana tidak pernah dibuat mana-mana parti sebelum ini, kata seorang pemimpin NGO Orang Asli Kelantan.
Bagaimanapun, Timbalan Pengerusi Jaringan Kampung Orang Asli Kelantan Nasir Dollah meragui ‘habuan’ berkenaan, sambil memberi amaran lantikan itu tidak dibuat hanya sekadar ‘menyedapkan hati mereka’ menjelang PRK Nenggiri, Sabtu ini.
“Manifesto calon PN sangat menarik kerana sebelum ini tidak pernah ada janji seumpama itu… ia tawaran sangat baik dan menarik untuk Orang Asli di Nenggiri.
“Lantikan ini akan menjadi penghubung antara masyarakat Orang Asli di sini dan kerajaan negeri… tapi kita khuatir jika orang yang dilantik ibarat lembu dicucuk hidung,” katanya kepada FMT, mengulas manifesto PN iaitu ‘Khidmat’…