Menurut sumber, lelaki yang bernama Mohammed Abu Al Qusman itu baru sahaja mendapat anak kembar lelaki iaitu Asser dan Aysel.
Selepas empat hari kelahiran dua anaknya tersebut, dia segera menyelesaikan pendaftaran surat beranak mereka.
Namun, alangkah sedihnya bapa tersebut sebaik saja mendapati rumahnya dibom oleh zionis Israel ketika dalam perjalanan pulang.