Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Lokasi Terakhir Di Jambatan Sungai Klang, Abang Aufahanie Gagal Dikesan Selepas Keluar Jogging

today14 August 2024

Background
Aufahanie hot fm

Penyanyi, Aufahanie berkongsi berita cemas mengenai abangnya, Nidza Afdham yang gagal dikesan sejak petang, semalam selepas keluar jogging.

Perkara tersebut dikongsikan oleh Aufa menerusi muat naik di Instagram Story (IGs) miliknya pagi tadi.

Dalam hantaran sama, Aufahanie berkongsi maklumat dan ciri-ciri mengenai abangnya.

“Minta tolong semua orang, tolong doakan abang saya dijumpai dalam keadaan selamat. Muhammad Nidza Afham Mokhtar, 23 tahun.

“Ciri-ciri tinggi sekitar 175 cm, kurus dan tinggi, kulit sawo matang. Lokasi terakhir, Jambatan Sungai Klang,” tulisnya.

Sementara itu, kakaknya Irfahanie menegaskan adiknya, Nidza tidak terlibat dalam sebarang aktiviti jenayah serta menjelaskan pihaknya sudah membuat laporan polis.

“Adik saya hilang, lokasi terakhir telefon dan dompet ditemui atas Jambatan Sungai Klang. Dia pergi keluar jogging dalam 7:58 ke Stadium Klang.

“Kami dah check phone, tak ada unsur-unsur bergaduh, loan shark. Semua dalam keadaan baik. Adik saya dah habis jogging juga.

“Moga kalian dapat doakan keselamatan adik saya dan segera ditemui dalam keadaan selamat. Amin Ya Rabballamin,” katanya.

Aufahanie

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang mendoakan agar abang Aufahanie berada dalam keadaan selamat.

Artikel Berkaitan: Ibu Bapa Berpisah Sejak Darjah 3, Aufahanie Jadi Lebih Berdikari Uruskan Hidup…Kini Fokus Belajar Sambil Menyanyi

Artikel Berkaitan: Rakam Semula Lagu Popular Siti Sarah ‘Saat Hilang Cintamu’, Aufahanie Sedia Dibandingkan Dengan Arwah

Written by: Aqilah


Previous post

Sukan

Satria, Satrina mula jadi rebutan

Kuching: Maskot Sukan Malaysia (Sukma) 2024, Satria dan Satrina yang menjadi antara hampir 100 jenis barangan khas dijual sebagai cenderahati sempena temasya sukan itu, mula mendapat sambutan hangat daripada orang ramai.

today14 August 2024