Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Nedim Nazri Doakan Kebahagiaan Nora Danish, Tuju Lagu ‘Dipaksa Berpisah’

today14 August 2024

Background
Nora Danish hot

Bekas suami pelakon jelita, Nora Danish iaitu Nedim Nazri mendedikasikan lagu ‘Dipaksa Berpisah’ kepada aktres itu.

Menerusi perkongsian di Instagram, Nedim atau lebih dikenali sebagai Boss Ned memuat naik klip video lagu tersebut nyanyian Yan Josua yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.

Dalam muat naik sama, Nedim mendoakan kebahagiaan bekas isterinya itu meskipun mereka sudah berpisah.

“Lagu ini hanya untukmu sayang. Saya doakan kamu bahagia.

“Kalau dengan saya Alhamdulillah. Tapi kalau bukan, awak adalah cinta dalam hidup saya,” katanya.

Nora Danish

Sekadar info, Nora dan Nedim sah bercerai talak satu pada 19 Jun lalu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan selepas tujuh tahun berkahwin.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Mohamed Neqayl, tiga tahun.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Berkawan Sejak Berusia 19 Tahun, Zarina Anjoulie Anggap Bekas Suami Nora Danish Sebagai Abang – “Nedim Bukan Jenis Lepas Cerai Cari Perempuan Lain”

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Zarina Anjoulie Rindu Boss Ned, Ini Respons Nora Danish – “Saya Tak Mempunyai Sebarang Masalah Kerana…”

Artikel Berkaitan: “Tidak Mengapa Jika Kelihatan Dia Bersama Wanita-Wanita Lain… Jangan Sampaikan Pada Saya” – Nora Danish Nafi Tinggal Serumah Dengan Bekas Suami

Artikel Berkaitan: “Saya Masih Dalam Tempoh Idah, Harap Beri Saya Ruang Untuk Bernafas” – Nora Danish

Written by: Aqilah


Previous post