
KUALA LUMPUR: Kejayaan Barisan Nasional (BN) menawan semula kerusi Nenggiri adalah kepercayaan diberikan pengundi yang bukan sahaja satu amanah, tetapi juga tanggungjawab besar yang perlu dilaksanakan sebaik mungkin.
Pengerusi BN Zahid Hamidi juga berharap kejayaan itu menjadi pemangkin kepada ikhtiar melakar kejayaan yang lebih bermakna di masa hadapan.
“Dengan mandat ini, kita raikan dengan penuh tawaduk dan keinsafan bahawa jalan perjuangan masih panjang serta usaha mengembalikan keyakinan rakyat kepada Umno dan BN akan tetap diteruskan.
“Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada ikhtiar melakar kejayaan yang lebih bermakna di masa hadapan. Terima kasih Nenggiri,” katanya menerusi catitan di Facebook.
Calon BN, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani, yang juga ketua Pemuda Umno Kelantan, menang pada PRK Nenggiri dengan majoriti besar 3,352…