
PETALING JAYA: Ketua Polis Negara Razarudin Husain berkata tindakan tatatertib anggota polis didakwa menyerang pemandu e-hailing orang kelainan upaya (OKU) dibuat atas kegagalan isytihar harta.
Beliau berkata, ia tiada kaitan dengan kes serangan pada Mei.
“Dalam kes serangan, kita masih teruskan siasatan dalaman untuk kes serangan yang sama (selain siasatan jenayah terhadapnya), ia akan jadi pendakwaan dua kali,” katanya kepada Harian Metro.
Berhubung siasatan jenayah, katanya, polis sudah menyerahkan kertas siasatan pada Jun lalu.
“Mereka serahkan semula kertas siasatan untuk polis tambah laporan kesihatan penuh dan kami hantar semula kertas siasatan lengkap kepada Pejabat Peguam Negara pada 27 Julai dan sedang menunggu langkah seterusnya,” katanya.
Pada Rabu, pemandu OKU dan peguamnya mendedahkan video insiden selain…