Menerusi video yang dimuat naik di akaun TikToknya, Chef Zam meluahkan rasa kesalnya apabila jumlah harga set nasi lemak bersama rendang ayam dan juga air teh ais yang dibelinya mencecah sehingga RM17.90.
Chef Zam yang tidak berpuas hati dengan harga tersebut kemudian menunjukkan kuantiti sepinggan rendang ayam yang kelihatan sangat sedikit. Malah, nasi lemak yang dibeli juga kosong tanpa sambal di dalamnya.
“Jangan cuba menipu duit customers boleh? Kepala hangguk dia jual nasi lemak tak ada sambal & kena tambah duit lain kalau nak sambal!
“They expect you to buy additional sambal to eat with RM5.90 nasi lemak telanjang. Seriously?,” katanya.