Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Umno tak dabik dada, sasaran pulih disebut Johari realistik

today25 August 2024

Background


PAU
Penganalisis berkata Umno perlu memperbaharui saf pimpinan dalam usaha memulihkan parti.

PETALING JAYA: Penganalisis menyifatkan sasaran dua atau tiga PRU untuk Umno kembali dominan seperti disebut Naib Presiden Johari Abdul Ghani sebagai realistik.

Ia juga bererti pimpinan Umno sedar parti itu tidak boleh mendabik dada sekalipun sebagai komponen kerajaan ketika ini, sebaliknya perlu melakukan perubahan menyeluruh.

Mohammad Tawfik Yaakub dari Universiti Malaya menyambut baik adanya pemimpin berani mengakui Umno perlukan tempoh yang panjang untuk ‘pulih sepenuhnya’.

“Jika masih mendabik dada, ‘masih kuat’ dengan hanya sekadar berpaut kepada parti kerajaan perpaduan lain, maka Umno akan berdepan kesukaran dan laluan lebih getir dalam PRU16 akan datang,” katanya kepada FMT.

Dalam tempoh itu, Tawfik berpandangan Umno perlu memperbaharui saf pimpinan.

“Pemimpin lebih 60 tahun perlu berundur untuk bagi nafas baharu kepada Umno. Pemimpin lama kena beri laluan kepada muka…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Faiz Zainudin


Previous post