Menerusi video tersebut, seorang peniaga berkongsi perangai seorang pelanggan yang datang ke kedainya.
Dapat dilihat seorang lelaki datang dan menuju masuk ke warung tersebut dengan membawa makanan di tangannya dan makan bersama seorang lagi individu.
Namun, apa yang membuatkan peniaga sedikit marah dan kecewa adalah pelanggan itu telah meninggalkan sampah makanannya yang dibawa dari luar.
“Bukan apa, kau tengok dah lah bawa makan luar, nampak sampah kerja aku lagi,” katanya.
Difahamkan, pelanggan itu sudah seperti beberapa kali buat perkara yang sama di kedainya.
Tetapi, videonya itu telah mendapat pelbagai reaksi ramai sehingga ada yang mengecamnya kerana mendakwa dia tidak ikhlas dan seperti menutup periuk nasi sendiri.
Ada juga yang memberitahu sepatutnya pelanggan terbabit harus bersifat tanggungjawab dengan membuang sendiri sampah makanannya itu.
Lihat antara komen-komen netizen di bawah: