Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Abby Abadi Sebak Peluk Model Persis Wajah Marissa Dania

today14 September 2024

Background

Perkongsian terkini penyanyi dan pelakon, Abby Abadi meraih perhatian selepsa dia memberi bayangan seolah-olah sudah lama tidak bertemu anak perempuannya, Marissa Dania.

Menerusi entri di Instagram, Abby memuat naik video bersama seorang model yang dikatakan wajahnya seiras Marissa.

Lebih menyentuh hati apabila Abby memeluk model yang dikenali sebagai Era Sazeli itu dihujung video tersebut membuatkan ramai netizen sebak.

“Baru perasan wajah adik ni macam anak saya. Bila peluk tu tiba-tiba datang rindu.. Ya hanya rindu,” katanya di ruangan kapsyen.

Abby Abadi Abby Abadi

Menjengah ke ruangan komen, ada individu mempersoalkan sama ada Abby sudah lama tidak berjumpa dengan Marissa, malah ada juga memaklumkan mereka sudah saling tidak mengikuti di media sosial.

Abby Abadi

Dalam pada itu, rata-rata warganet membanjiri ruangan komen di hantaran tersebut menasihati Marissa untuk menghargai pengorbanan ibunya itu.

Sebelum ini, Marissa berharap agar orang ramai berhenti menyebar spekulasi kerana bimbang isu tersebut akan terjerumus kepada fitnah.

Terdahulu, Marissa kehilangan anak sulungnya yang meninggal dunia selepas dilahirkan secara pra matang dalam kandungan berusia enam bulan.

Difahamkan, berita duka tersebut hanya diketahui oleh bapanya, aktor Norman Hakim dan keluarga terdekat sahaja.

Manakala ibunya, Abby Abadi tidak dimaklumkan mengenai pemergian cucunya itu.

Sekadar info, Marissa menjadi isteri kedua kepada pilihan hatinya, Mohd. Aslam di Songkhla, Thailand pada 27 Disember lalu.

Artikel Berkaitan: Ada Yang Dengki Abby Abadi Kembali Aktif Berlakon, Ini Respons Empunya Badan – “Hitam Sangat Hati Tu…”

Artikel Berkaitan: “Moga Ada Keajaiban” – Abby Abadi Sedih Da’i Syed Dihukum Penjara?

Artikel Berkaitan: “Kenapa Mama Mesej Tak Balas? Mama Rindu Adik” – Abby Abadi 

Written by: Aqilah


Previous post